Regangan Badan Bagus Untuk Anda

Regangan badan adalah satu senaman yang ringkas namun ia mampu beri kesan positif kepada anda seperti kurangkan kesakitan sendi dan otot, menyegarkan minda, dan lancarkan aliran darah.  Selain itu, ada banyak lagi kebaikan aktiviti ini seperti

(1) Senaman seperti yoga boleh bantu rehatkan otot otot badan dan kurangkan stress selepas seharian bekerja. Ia boleh elak otot menjadi kejang.

(2) Aktiviti regangan selama 5 minit sebelum tidur boleh rehatkan otot otot badan dan boleh bantu anda tidur dengan nyenyak.

(3) Seperti manusia, serangga seperti semut dan kucing juga lakukan regangan. Perhatikan haiwan ini ketika bangun tidur. Mereka akan mengeliat dan menguap. Ini bertujuan untuk pastikan otot otot badan bersedia sebelum bergerak.

semut pun buat regangan

(4) Jika anda terlalu lama duduk, cubalah berdiri sebentar untuk regangkan badan supaya otot otot badan kembali segar dan badan anda boleh dapatkan oksigen secukupnya. Kajian mendapati, mereka yang hanya duduk berdepan risiko diserang pelbagai penyakit berbahaya.

(5) Jika anda ingin lakukan aktiviti sukan seperti mendaki, berlari atau jogging, luangkan sedikit masa sebelum mula untuk buat regangan. Ia lebih dikenali sebagai warm up. Ini penting supaya otot badan bersedia untuk bersukan dan ia boleh elakkan kecederaan. Jika anda terus bersukan tanpa warm up, kemungkinan otot otot akan kejang dan anda akan rasa sakit untuk bergerak selama beberapa hari.

Ini hanyalah sebahagian kecil kebaikan regangan badan. Semoga bermanfaat.