5 Ubat Kurus Semulajadi Yang Anda Boleh Cuba Sendiri

Ada banyak cara boleh anda guna sebagai ubat kurus, disini saya kongsikan 5 daripadanya.

(1)  Amalkan minum kopi
Selepas minum kopi, badan akan rasa lebih cergas bertenga, mengantuk pun hilang. Kajian yang dijalankan di satu universiti mendapati, mereka yang minum kopi boleh meningkatkan metabolisma badan sehingga 16% berbanding mereka yang tidak minum kopi. Peningkatan kadar metabolisma ini boleh bantu bakar lemak berlebihan dalam badan menjadi tenaga. Oleh itu, berat badan anda akan berkurang secara perlahan lahan.

(2) Gunakan halia
Halia adalah bahan masakan yang popular dan murah. Ia juga boleh bantu anda kuruskan badan. Caranya, ambik sepotong hali, buang kulitnya dan bersihkan. Kemudian, potong halia tadi menjadi kecil dan campurkan dengan air panas, perahan air limau nipis dan madu. Amalkan setiap hari dan anda pasti akan rasa perbezaannya. Anda juga boleh campurkan hirisan halia dengan tea o panas. Ia sungguh sedap.

halia sebagai ubat kurus

(3) Minum air masak atau air kosong
Air berfungsi untuk mencairkan kandungan garam berlebihan dalam badan dan keluarkannya melalui peluh. Proses ini penting supaya kandungan garam dalan badan stabil.  Ia juga boleh bantu lancarkan fungsi organ hempedu dan memastikan usus berfungsi dengan baik. Jika anda sukakan minuman sejuk, cuba elak mengambilnya ketika makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan dan boleh menyebabkan perut buncit. Amalkan minum air suam, ia boleh bantu sistem pencernaan berkerja dengan lebih cekap. Makanan biasanya lebih mudah dicernakan pada suhu 36 darjah.

(4) Gunakan daun kari
Daun kari agak popular di Malaysia. Ia juga boleh bantu anda kurus. Caranya, ambil 5 atau 7 helai daun kari, cuci, kemudian rebus daun tadi. Sejukkan air rebusan dan minum sekali sebelum sarapan dan sekali sebelum makan malam. Selain itu, daun kari juga  mengandungi tinggi kalsium dan bagus untuk anak anak yang sedang membesar.

daun kari sebagai ubat kurus(5) Gunakan buah delima
Buah delima mengandungi pelbagai khasiat dan ianya sedap dimakan. Apa yang menarik, ia juga boleh diguna sebagai bahan untuk kurus. Caranya, ambil beberapa helai daun delima. tumbuk hingga hancur, kemudian campurkan dengan air panas serta sedikit garam. Tapis campuran tadi dan minum. Amalkan minum sebanyak 2 kali sehari.

Semoga tips kali ini boleh bantu anda turunkan berat badan. Kelima lima tips ini boleh digunakan sebagai ubat kurus semulajadi.